#PRU13 : Manifesto Najib Bakal Humban BN Dari Putrajaya!

Posted by AdminFilm® Sunday, April 07, 2013 1 komen


Jika diimbas sepintas lalu, nampaknya tidak banyak pembaharuan yang akan dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya selain hanya mengulangi perkara sama yang pernah dijanjikan pentadbirannya namun tidak pernah ditepati.

Kedudukan Najib Altantuya selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) juga tidak banyak membantu memulihkan sokongan terhadap BN walaupun merepek meraban hampir sejam dan diulas pencacai tegar Umno seperti profesor ulung, Shamsul Amri Baharuddin selepas itu.

Gula-gula Najib Altantuya seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan dari RM500 kepada RM1200 sekiranya mandat diberikan semula juga pantas ditempelak penyokong Pakatan Rakyat yang secara sinis berkata apa gunanya umum pendapatan naik 41% tetapi bantuan BR1M dinaikkan pula.

Tidak cukup dengan itu, idea Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta juga ditiru bulat-bulat Najib Altantuya walaupun sebelum itu menempelak Pakatan Rakyat kononnya negara akan muflis sekiranya cadangan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilaksanakan.


Selain itu janji kitar semula seperti pembinaan lebuhraya Pan Borneo antara Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah turut diciplak tanpa rasa malu apatah lagi mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat akan membina lebuhraya tersebut malah turut memanjangkannya kepada pantai timur Sabah seperti ke Sandakan dan Semporna pada majlis deklarasi Hari Malaysia di Kuching pada 16 September tahun lalu.

Tidak lupa mengutuk Ketua Umum KEADILAN dalam 'manifestonya', Najib Altantuya juga seakan melakukan provokasi sama ada Malaysia mahukan dirinya atau Anwar ataupun Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai peneraju Malaysia selepas pilihanraya umum tidak lama lagi.

Pun begitu, rata-rata komen yang diberikan di laman Facebook Najib Altantuya juga banyak yang mempersoalkan data-data yang diumumkan kerana pendapatan cuma naik 2.6 peratus sedangkan harga barang dan kadar inflasi meningkat lebih 6 peratus dalam masa yang sama.

"MuNie Omar Amir , ni lah akibatnya klu media berat sebelah. segala bnda yg bn buat , awk xtau. sikit awk kata ? negara smpai dh nk bankrup tu apa cite ?"

"Harimau Rakyat Pemberian permit teksi individu, ini pernah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim pada 2 bulan yang lalu dalm pertemuan antara Anwar Ibrahim dan pemandu teksi.

Penurunan eksais cukai kenderaan pun dibentangkan Rafizi Ramli.

Rasanya fikirlah sendiri...

bab kuih...
aku tak tau pula harga kuih tahun 1511 tue...
yang aku tahu sekarang!

Kos sara hidup makin meningkat, Melayu masih jauh... berapa tahap gaji? RM10.000??"

"Apis Bdr Saya nk hrga kereta murah...ptptn dimansuhkn....mnyak turun harga...kawln hrga brang...ni yg penting....keperluan tau.. br1m ni sekali je dpt setahun (365 hari)..mne cukup........hawou"


Sambil mengakui pilihanraya ini merupakan hidup atau mati BN dalam politik negara, Najib Altantuya juga tanpa segan silu merayu supaya mandat terus diberikan kepada BN tanpa memerhatikan pemimpin di sekelilingnya sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat saja Taib Mahmud, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin malah ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri, kesemuanya terpalit dengan skandal rasuah dan Khairy pula dikaitkan dengan hutang tak berbayar RM9 juta dengan Bank Pertanian Malaysia semasa bapa mertuanya berkuasa dulu.

Pembentangan manifesto BN yang dilakukan serba kacau bilau diburukkan lagi dengan kehadiran penonton yang dibayar dengan wang saku dan diberi sekeping kad I Love PM sebagai tanda sokongan.


Tambah memalukan apabila kerusi yang sepatutnya penuh di atas tidak mampu disorokkan media rejim Umno seperti TV3 apabila pantas mengalih kedudukan kamera apabila mengetahui kedudukan Najib Altantuya dibayangi dengan lautan kerusi merah di belakangnya.

Persoalannya, mengapa Najib Altantuya seakan 'membunuh diri' dengan menyampaikan manifesto ciplak di saat BN sangat memerlukan sokongan dan idea tersendiri bagi meneruskan pemerintahan di Putrajaya?

Klimaks manifesto yang ditunggu-tunggu akhirnya tidak muncul kerana ramai yang mengharapkan Najib Altantuya mengumumkan akan memerangi rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno dan BN sendiri termasuk Taib yang kantoi dengan pendedahan video oleh Global Watch tiga minggu lalu.

Rakyat tidak perlukan pemimpin yang korup dan banyak skandal tetapi mahukan harga barang diturunkan, harga minyak turun, kereta murah, kehidupan harian yang lebih baik selain memerangi jenayah dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya, Najib Altantuya sekali lagi gagal menyerlahkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin apabila terus menyenaraikan pemimpin BN yang penuh dengan masalah termasuk dirinya sendiri.

Jalan terbaik adalah berundur dan memberikan bazoka perang kepada Muhyiddin yang kini semakin mendapat sokongan pemimpin BN dalam diam hingga perkara kesetiaan pun terpaksa diulas Najib Altantuya.

Semakin hampir kepada pilihanraya, masa depan Najib Altantuya semakin gelap untuk terus berkuasa kerana dia bakal disingkirkan jika gagal mencapai majoriti dua pertiga atau Selangor terus gagal ditawan semula.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN
Comments
1 Comments

1 komen:

Anonymous said...

3.3 juta pekerjaan tapi hanya akan diisi oleh Bangla, Indon, Myanmar, Vietnam, Gurkha, pengganas Sulu dan sebagainya lebih baik tak payah. Buat menyemak je pendatang-pendatang ni di Malaysia, bawa jenayah, bawa penyakit, bawa kerosakan, bawa masalah sosial , bawa budaya songsang.

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Mula dari 18 Nov 2010