Followers

Panas! Pendedahan Menyedihkan di Johor, BN Perlu Tumbang

Posted by Pencacai SeMalaysia® Tuesday, January 01, 2013 0 komen



Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja2 mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.


Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.

Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.

Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua2nya.

Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai, becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau Ngo Pengerang yg diketuai sdr Zaaba.

Kerja pemindahan yang sepatutnya dipantau hingga selesai oleh Pihak Berkuasa Agama, Jabatan Kesihatan, Polis, Ketua Kampung dan Imam terbabit telah tidak dilakukan.

Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawaban balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

Laporan polis dibuat pada 25 Dis lalu di Balai Polis Sg Rengit dan aduan juga dilakukan kpd Pihak Berkuasa Agama agar kerja2 mengorek dan memindah mayat2 dihentikan serta merta!

Susulan dari episod menyedihkan ini, 4 Jan ini, saya akan mengiringi deligasi penduduk Pengerang dan Ngo2 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kami mohon penjelasan dan tindakan segera dari pihak Mufti. 

Dakwa kontraktor itu kubur tanpa waris. Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris2 semua 11 tanah perkuburan Islam di kampung2 yg terlibat. 

Kita akan dedah pembohongan Kontraktor dan membuat gesaan agar hentikan samasekali kerja gila mengorek dan memindah semua Tanah Perkuburan!

Kita yakin majoriti waris tidak akan setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlaku demikian.

Rakyat boleh nilai sendiri, macamana akhlak Kerajaan Johor mengurus mayat2 tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?



Artikel oleh Mazlan Aliman

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List