Followers

PANAS! MCA Dan UMNO Bertelagah Nak Sampaikan Bantuan Sekolah RM100

Posted by Pencacai SeMalaysia® Sunday, January 20, 2013 0 komen
MCA Wilayah Persekutuan membidas ketua bahagian Umno Wangsa Maju, Shafie Abdullah kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, dan mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju, serta menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Heng, dalam satu kenyataan hari ini, pengagihan bantuan tersebut di Parlimen Batu telah dilakukan dengan betul.

Menurutnya, di Parlimen Batu, bantuan kewangan kepada ibu bapa di sekolah kebangsaan disampaikan oleh wakil Umno, manakala wakil Gerakan, Dominic Lau menyampaikan bantuan kepada ibu bapa di sekolah Cina dan Tamil.

Heng berkata, bulan lepas Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur memutuskan untuk menjemput Shafie dan Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Yew Teong Lock sebagai wakil BN untuk menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di daerah Keramat.

Bagaimanapun, Heng mendakwa bahawa pegawai pelajaran daerah Keramat, Tajudin Mohamad Mor, di bawah pengaruh Umno Wangsa Maju, awal tahun ini mengarahkan semua guru besar sekolah rendah dan menengah hanya menjemput Shafie untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Heng menegaskan bahawa Yew, yang merupakan calon BN bagi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lepas, telah berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju. Yew menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

"Beliau harus mewakili BN untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju. Terdapat lima sekolah rendah Cina di Wangsa Maju, di mana wakil Cina dari BN sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, katanya, ini telah dimonopoli oleh Umno. -mk

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List