Akhirnya MUFTI & UMNO lari pintu belakang bila HADI ajak berdepan...!!!

Posted by AdminFilm® Saturday, January 05, 2013 0 komen

AKHIRNYA BILA DIAJAK BERDEPAN, SEMUA MUFTI UMNO TAKUT & PINTU TV TERTUTUP

PAS mengecam keras kenyataan beberapa orang mufti di negara ini yang terus menolak untuk menyertai pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memperjelaskan isu "Amanat Haji Hadi" yang sedang dipolemikkan oleh Umno-BN sekarang. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika menolak untuk menyertai pertemuan itu ternyata memberikan alasan yang tidak munasabah kerana kononnya tidak mahu terlibat dengan kepentingan politik.

"Habis kalau bukan untuk kepentingan politik, yang dia bangkitkan isu itu apa? Bukan kerana kepentingan politik?" kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Para mufti, menurut beliau, tidak sepatutnya bersikap demikian kerana Tuan Guru Abdul Hadi sendiri telah pun bersetuju untuk menyertai pertemuan itu bagi menjelaskan isu berhubung "Amanat Haji Hadi" yang dikatakan dikeluarkan oleh beliau ketika berucap di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu tahun 1981 lalu.

Malah, Tuan Guru Abdul Hadi juga telah menyatakan kesediaannya untuk tampil secara langsung pada bila-bila masa sama ada di RTM mahupun TV3 bagi menjelaskan isu berhubung amanat yang dikatakan dikeluarkan oleh beliau itu.

Ustaz Tuan Ibrahim mengingatkan para mufti dan pihak terbabit agar bersikap adil untuk mencari kebenaran dengan turut memberikan ruang kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan perkara itu.

Tuan Guru Abdul Hadi selain bersedia untuk bertemu dengan para mufti dan pihak Jakim turut menyatakan kesediaannya untuk tampil secara langsung pada bila-bila masa sama ada di RTM mahupun TV3 bagi menjelaskan isu berhubung amanatnya itu.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Mula dari 18 Nov 2010