Followers

TERKINI! Mengapa Najib Altantuya SEKALI LAGI Ke Sabah?

Posted by Pencacai SeMalaysia® Monday, December 24, 2012 0 komen

Di saat kebanyakan rakyat sibuk menghabiskan cuti bersama keluarga hujung tahun ini, rupanya ada juga yang tak senang duduk memikirkan apakah kuasa masih boleh disambung paling kuat sepenggal lagi.

Itulah yang terjadi kepada perdana menteri, Najib Altantuya yang nampaknya terpaksa 'menghabiskan cuti hujung tahunnya' sekali lagi ke Sabah dalam apa yang disifatkan sebagai misi antara hidup dan mati Barisan Nasional (BN) terutamanya mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Untuk makluman, kunjungan kali ini adalah yang ketujuh kali untuk tahun ini sahaja, sekaligus mencatat rekod sebagai perdana menteri paling kerap melawat negeri di bawah bayu itu dalam tempoh setahun, dan turut mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling takut kehilangan negeri ini dan dalam masa yang sama, masih belum memperolehi mandatnya sendiri sebagai perdana menteri.

Najib Altantuya dijangka terbang ke negeri ini pada 28 Disember setelah baru seminggu mengadakan lawatan ke Sandakan bagi merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Liew Vui Keong yang juga ahli parlimen Sandakan serta sesi bertemu pengundi di beberapa kawasan parlimen di negeri ini.

Dalam apa yang disifatkan sebagai lawatan susulan terbaru ke negeri di bawah bayu itu, Najib Altantuya dijangka akan merasmikan pula mesyuarat agung tahunan sebuah lagi parti komponen BN iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Joseph Kurup di kawasan parlimennya di Pensiangan.

Dijangka, Najib Altantuya akan merasmikan sambutan perayaan Krismas peringkat negeri yang akan diadakan di Sandakan semasa lawatannya kali ini.

Janji Najib Altantuya untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri ini yang nampaknya masih belum menunjukkan perkembangan positif dilihat sebagai isu duri dalam daging meraih sokongan rakyat di saat Pakatan Rakyat sudah pun mengumumkan mekanisme yang berkesan untuk mengatasi masalah itu.

Umum mengetahui bahawa Pensiangan merupakan salah satu parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk dirampas dari tangan BN dan sudah pastilah Najib Altantuya dan Kurup akan cuba sedaya-upaya mempertahankannya ekoran perkembangan terkini dilihat tidak memihak BN sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam pilihanraya umum lalu, Kurup menang tanpa bertanding setelah calon KEADILAN, Danny Andipai dihalang dari mengemukakan kertas pencalonannya di saat-saat akhir, menyebabkan Kurup dan isterinya yang berada di pusat penamaan calon lari lintang pukang walaupun diisytiharkan menang selepas itu.

Seperti biasa, lawatan presiden rejim Zionis Umno ini akan disertai suaminya, Rosmah Mansor dan ketua menteri, Musa Aman serta beberapa pemimpin komponen BN negeri bagi menunjukkan kononnya pemimpin BN berusaha menyelesaikan masalah rakyat padahal yang berlaku sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang yang merupakan musuh ketat Najib Altantuya, Anwar Ibrahim turut akan turun ke negeri ini selepas selesai lawatannya ke Jakarta, Indonesia beberapa hari sebelum itu dan dijangka akan berada di Kuala Penyu pada 29 Disember serta beberapa daerah lain yang disasarkan untuk dirampas dari tangan BN.

Kali terakhir Anwar ke negeri ini adalah pada 25 November lalu semasa mengadakan lawatan ke Pensiangan, Lahad Datu dan terakhir di Kudat yang menyaksikan hampir semua ahli keluarga bekas pemimpin Usno, Allahyarham Tun Mustapha menyertai KEADILAN disaksikan lebih 6,000 penduduk sekitar bandar itu.

Anwar dijangka akan mengumumkan penyertaan beberapa lagi pemimpin utama negeri itu yang akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat dan proses rundingan sedang berjalan, menurut beberapa sumber yang rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Penganalisis politik negeri melihat kesungguhan yang ditunjukkan Anwar merupakan usaha paling serius pemimpin utama Pakatan Rakyat itu menembusi seberapa banyak kawasan parlimen bagi merealisasikan hasrat menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang melawat negeri itu bulan lalu nyata teruja dengan sambutan hangat penduduk tempatan apabila semakin ramai yang menyertai parti itu dan buktinya kemasukan lebih 400 bekas ahli BN pelbagai parti di Kinabatangan, kubu Bung Moktar Radin dipercayai membimbangkan Najib Altantuya.

Dari 25 kerusi parlimen negeri ini, Pakatan Rakyat dijangka akan merampas sekurang-kurangnya tujuh kerusi antaranya Pensiangan, Kota Belud, Sandakan, Kinabatangan, Tenom dan Kota Marudu.

Manakala lebih lima lagi kini berstatus kelabu (50:50) iaitu Papar, Kalabakan, Semporna, Kudat dan Silam akan cuba dirampas kali ini setelah berlaku pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam pilihanraya umum lalu.

Kemasukan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan rakannya di Tuaran, Wilfred Bumburing ke dalam sekutu Pakatan Rakyat dilihat punca utama perubahan politik yang ingin dilihat rakyat negeri itu selepas BN yang sudah diberi mandat sekian lama, terus tidak mempedulikan pembangunan infrastruktur yang sebaiknya dinikmati di negeri paling timur Malaysia itu.

Jelas, pertembungan menarik kali ini buat kedua-dua pemimpin tertinggi komponen masing-masing akan dilihat pemerhati politik tanah air sebagai medan perang paling sengit dalam sejarah negeri ini selepas Sabah merdeka dari penjajah British 49 tahun lalu.

Jika diukur dengan tahap sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BN, ada sebab munasabah kali ini rakyat Sabah akan menukar tampuk pemerintahan di kawsaan masing-masing seterusnya memberi tekanan buat Najib Altantuya yang bergelut dengan masalah dalaman Umno terutamanya sokongan mendadak pemimpin parti itu terhadap timbalannya, Muhyiddin Yassin ketika ini.
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List

My Blog List