Followers

FITNAH MB KELANTAN!!! Utusan dan blogger UMNO bakal berdepan tindakan saman

Posted by Pencacai SeMalaysia® Friday, December 21, 2012 1 komen

Menjawab tuduhan Blogger Pro UMNO yang mendakwa beliau telah merasuah Ngeh dan Nga dengan tanah seluas 10,526 ekar yang bernilai RM30 Juta..

TG Nik Aziz berkata "Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

Manakala Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu berkata “Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah."


Diakhir kenyataannya Ngeh juga sempat mengingatkan Blogger Pro UMNO itu.. “Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,”

Kedua-dua jawapan tersebut sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut pula adalah kenyataan dari Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan menjelaskan kemana sebenarnya tanah itu diberikan..


Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.

Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13.

Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan.

Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012 -


AHMAD FADHLI SHAARI,
 Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Comments
1 Comments

1 komen:

Generasi Terhebat Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO said...

UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List