Followers

UMNO Semua Halal : Jemput Pemantau PRU13 , Campurtangan Asing, APCO dan Bagi Mykad, Tak Apa Pulak?

Posted by Pencacai SeMalaysia® Thursday, November 29, 2012 0 komen

Isu pembangkang ingin menjempu pemerhati dari negara luar untuk PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi dibantah oleh pemimpin UMNO dengan alasan pembangkang ingin menjemput orang luar mencampuri urusan dalam negara dan ingin menjadi pengkhianat. Orang luar datang untuk tengok cara kita mengundi dikatakan menjemput campurtangan asing? 

Bukankah isu pemantau dan pemerhati pilihanraya dari negara-negara luar ini banyak berlakuk di negara-negara luar malahan SPR sendiri pernah menghantar wakil menjadi pemantau dan pemerhati pilihanraya negara luar? 

Sebenarnya UMNO cukup takut jika pemantau luar dijemput, maka akan habis semua tembelang penipuan yang dilakukanya terbongkar. 

Mengapa apabila UMNO memberikan mykad kepada rakyat asing tanpa sebab itu tidak dikatakan menjemput rakyat asing mencampuri urusan hak rakyat dan negara kita? Bukankah itu lagi merbahaya terhadap hak rakyat dan kedaulatan negara? Melantik syarikat Yahudi (APCO) sebagai penasihat keselamatan, apakah itu tidak membahayakan negara? 

Siapakah sebenarnya pengkhianat negara? Adakah dengan menjemput pemerhati asing untuk melihat perjalanan PRU13 dianggap sebagai pengkhianat negara? Bagaimana pula pemimpin UMNO yang menyamun ratusan juta wang rakyat dan wang negara, apakah mereka itu sebenarnya bukan pengkhianat negara? 

Kita tahu, jika UMNO menang dalam PRU13 nanti adalah kerana menipu dan undian dari PATI yang dibela oleh UMNO untuk menghancurkan hak rakyat dan negara kita. Ahli UMNO yang sebenarnya tidak sampai pun dua juta orang, ini adalah kerana sudah ratusan ribu malahan mungkin lebih satu juta ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO tetapi nama mereka tidak dipadamkan dari senarai daftar keahlian UMNO. Ini bertujuan untuk menampakan bahawa ahli UMNO itu ramai. Betul, ramai atas kertas sahaja. Ramai campur orang yang sudah mati. 

UMNO juga bimbang, jika dibenarkan pemantau asing datang, maka sukarlah UMNO hendak melakukan penipuan secara terang-terangan dan jika banyak lapuran dibuat diatas penipuan itu, ada kemungkinan pemantau itu akan membuat lapuran kepada PBB atau pihak lain diluar negara supaya mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia kerana menang dengan cara menipu. 

Jadi inilah sebenarnya ketakutan UMNO sekarang. Apa yang dibuat semua tak menjadi. Segala fitnah yang idsebarkan tidak mendapat layanan dari rakyat kerana majoriti rakyat tahu bahawa UMNO sememang jaguhnya dalalm bab memfitnah, adudomba dan merekacipta dan bawa bukti palsu. 

Mahathir pula sabab hari didapati membuat kenyataan fitnah, adudomba dengan tujuan rakyat menolak Pakatan Rakyat. Ketakutan dan tekanan jelas terbayang di wajah beliau sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 kelak, maka direkaciptanya ayat-ayat palsu bahawa pembangkang akan buat huruhara jika kalah nanti. Pembangkang akan mengamuk dan buat demonstrasi besar-besaran jika tidak dapat ke Putrajaya kelak. 

Inilah wajah seorang tua yang tidak menunjukan sebarang keinsafan terhadap segala kemusnahan yang dilakukan semasa berkuasa dahulu malahan sekarang lebih nampak agresif walaupun diketawa oleh rakyat atas segala tuduhan palsu yang dibuat terhadap Datok Seri Anwar Ibrahim dulu. 

Hanya orang gila, nyanyuk dan mengigau sahaja yang akan percaya dengan cakap Mahathir ini. Dia tidak sedar bahawa beliau sudah tidak mempunyai nilai lagi dalam negara ini. Hanya menjadi batu api, perosak perpaduan rakyat dan perosak harta negara. Wallahualam.
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List