KONTROVERSI! Video Klip Nyanyian M Nasir Dibenci Ahli Umno?

Posted by Pencacai SeMalaysia® Wednesday, October 10, 2012 0 komen

Beberapa blog hiburan tanah air dikhabarkan panas dengan satu video klip yang dinyanyikan bersama Sifu industri muzik Malaysia, M Nasir, yang menjadi petanda khabarnya beliau semakin aktif dengan aktiviti politik kepartian bersama-sama Pakatan Rakyat, atau lebih tepat lagi, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Semuanya gara-gara minggu lalu apabila KEADILAN melalui akaun Youtube Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.
Artis kelahiran Bukit Panjang, Singapura ini sememangnya tidak perlu diperkatakan lagi tentang kehebatannya bukan setakat muzik malah menjangkau lebih dari itu.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tempatan sejak berkecimpung dalam arena seni tanah air sejak 1980-an lagi.

Bagaimanapun kontroversi yang melanda beliau sedikit masa dulu berkenaan isu "Siapa Mahathir" tidak pernah dilupakan kononnya pada masa itu beliau menghina bekas perdana menteri tersebut dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen tempatan.

Kali ini, beliau muncul kembali menghangatkan suasana, bukan setakat kemenangannya bersama penulis lirik lagu "Awan Nano" yang juga Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong, Hasmi Hashim atau nama penanya Buddhi Hekayat semasa Anugerah Juara Lagu ke-26 lalu dipertikaikan, malah klip video terbaru parti tersebut juga kini menjadi bualan hangat politik tanah air.

Tetapi yang menjadi persoalan, mengapa sebelum ini lagu-lagunya yang menjadi siulan anak muda seperti "Mustika", "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Di Balik Cermin Mimpi" dan "Apokalips" yang banyak menyindir iklim politik dan lagu berunsur ketuhanan tidak pula dipertikaikan?

Mengapa baru sekarang ahli Umno dan suku sakat mereka mencaci malah mencemuh nilai seni yang dicurahkan beliau hanya kerana menyanyikan lagu yang liriknya juga ditulis Hasmi Hashim yang juga rakan baiknya untuk lagu tema KEADILAN menghadapi pilihanraya umum?

Malah, ada juga yang sinikal mengatakan walaupun M Nasir kini memegang status penduduk tetap (PR) dia tidak boleh sewenang-wenangnya bersimpati dengan Pakatan Rakyat di saat bahang pilihanraya kini makin dirasakan.

Tambah parah lagi, ada pula yang menghentam tindakan beliau kerana dikatakan "sudah lupa daratan" kerana Umno lah yang memberi status penduduk tetap selepas lebih 20 tahun bermastautin di Malaysia.

Apakah pemikiran puak Umno ini terlalu jumud memandang rendah segala kegiatan anak seni di negara yang kununnya mengamalkan demokrasi?

Pandangan saya, M Nasir tidak perlu menjelaskan isu tersebut kerana apa sahaja yang tidak baik di mata ahli Umno adalah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat termasuk dari segi apa sekalipun.

Saya pasti, M Nasir pasti akan tersenyum melihat gelagat pencacai Umno ini yang tak sudah-sudah terkongkong dalam pemikiran sempit mereka tanpa mereka sedari!
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Mula dari 18 Nov 2010