Sunday, September 16, 2012

Terkini! Kerajaan UMNO BN Sudah Gila, Mahu Terus Bina Menara Warisan

Pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Kerajaan Pusat bakal mengundang nasib serupa sebagaimana projek National Feedlot Corporation (NFC), LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan lain-lain projek yang didapati berlaku penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.


Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini.

“Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini.

“Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu. Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, ” katanya ketika dihubungi.

Projek untuk kayakan kroni

Zuraida tidak menolak bangunan pencakar langit tersebut antara projek gajah putih Umno bertujuan mengkayakan kroni mereka.

“Ini yang menimbulkan keraguan, melihatkan spekulasi yang berlaku sekarang, pastinya ada penyelewengan.

“Projek itu pasti kroni mereka akan bolot, kosnya tentu berlipat kali ganda. Kenapa perlu bina bangunan yang begitu mahal?” soal Ahli Parlimen Ampang itu lagi.

Sebagai pemimpin, kata Zuraida, beliau tidak mahu Menara Warisan dijadikan ‘bank’ untuk Umno mengaut keuntungan dari hasil rakyat.

“Umno tidak pernah takut untuk habiskan duit rakyat, mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku dalam projek NFC, LRT, KTMB dan lain-lain lagi.

“Umno perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan anda. Jalan bagi menyelesaikan sikap boros Umno ini pastinya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya.

Projek di bawah pengurusan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu mengesahkan, penambahan ketinggian bangunan itu yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan kos RM5 bilion diumumkan Najib dalam Belanjawan 2010.

Pengumuman itu mencetuskan tentangan, namun Najib tegas mempertahankan kononnya projek itu bukan pembaziran dan mempunyai kesan ‘baik’ ke atas ekonomi.

Dalam pada itu, Aktivis Warisan Negara, Teoh Chee Keong mendakwa, Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 – pencakar langit tertinggi antara 2004 sehingga 2010.

Projek yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijangka siap pada 2015 itu bakal melebihi bangunan tertinggi negara sekarang iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Rakyat bantah

Tinjauan Merdeka Center dalam kaji selidiknya terhadap pendapat pengundi Semenanjung Malaysia bagi suku keempat tahun 2010 mendapati, hampir 2/3 rakyat Malaysia membantah pembinaan bangunan itu.

Kaji selidik itu merangkumi 1,005 orang yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, menyaksikan 65 peratus responden membantah cadangan tersebut.

Masyarakat Cina adalah yang paling ramai membantah pembinaan menara tersebut (65 peratus) diikuti dengan Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus). -KD

6 comments:

  1. kerajaan umno/bn dah dapat pengiktirafan dari allah swt, jadi apa yg depa dah buat, dok buat & akan buat semuanya mengikut hukum2 alquran. berapa % pulak yg akan diistiharkan oleh pnb utk saham2 amanah dia. bolehkah perompak mati dlm iman spt dlm kisah alibaba & penyamun?

    ReplyDelete
  2. SEDAP MULUT JIKA NAK KATA ORANG...BARU DAPAT TADBIR 2 NEGERI ,APA YANG DAH NAMPAK DUIT RAKYAT BAYAR ZAKAT BARU BERNLAI RM70.00 PUN DI BALUN ..APAKAH PATUT RESIT YG DIKELUARKAN ADALAH MENGGUNAKAN RESIT PARTI SEBAB NAK SAPU DUIT RAKYAT !!! ITU BARU TERBONGKAR SIKIT !!! SEBENARNYA PEMIMPIN LEBIH PENYAMUN DIANTAR PENYAMUN, DUIT TABUNG MAMALI PUN MEREKA KEBAS JUGA..HAHAHA MALU..PERJUANGKAN ISLAM TAIK KUCHING????

    ReplyDelete
  3. ZURAIDAH MAK LEMPIR PANDAI CAKAP SAHAJA..KERJA BANGANG TK TAU BUAT...

    ReplyDelete
  4. utk 2 anon kat atas... bukti mana... kekekeke... cakap je lebih... marah ye bila ada ada rasionalnye isu yg diperkatakan ni... syedih la kt org totok umno/bn.. look around, buka minda, doa kat Allah utk diterangkan hati, ditunjukkan jln...moga anda beroleh petunjukNya...jgn jadi jumud... belajar dan cari kebenaran di seliling anda....

    ReplyDelete
  5. Fungsi asal cybertroopers ialah utk divert main isu agar tidak dibincangkan .
    Modus ini di didedahkan sdiri oleh ketua mereka tun faisal
    Tp sedarla...byk yg diorang rekrut mentaliti low class.x bleh nk pengaruh org..tp sebaliknya memnuat org ramai lbh yakin dgn pr sekian...
    Back to the topic

    Pasal apa x wat 602 meter tinggi..beza 2 meter je...blh dok rank no 2....kan nk fames...Kenwood nk no 3 kalu dpt no 2

    ReplyDelete
  6. Pembinaan Menara PNB akan merangsang rantaian ekonomi yang amat besar yang akan membantu beribu ribu syarikat dan mewujudkan pekerjaan kepada berpuluh ribu rakyat, jadi apa masalahnya, duit PND yang keluarkan, duit PNB tu, adalah dari modal orang melayu sendiri, jadi apa masalahnya, masalahnya adalah korang ni mengkritik selepas mendengar ceramah puak2 pembangkang haram jadah yang sentiasa berusaha menggagalkan usaha murni kerajaan untuk membantu kaum melayu, dengan terbinanya menara ini, pendapatan PNB akan sentiasa diperolehi dengan tetap setiap tahun tanpa perlu melaburkan dalam perniagaan yang berisiko tinggi dan untungnya kaum melayu jugak. Ingat dulu masa Bn nak buat lebuhraya PLUS macam2 suara celaka keluar, tengok sekarang apa jadi, jem beb jem walaupun tol bayar jalan jem jugak masa perayaan. Jadi korang ni harus cari tempat yang betul untuk mendengar ceramah, bukan tempat yang akan membuat korang tampak amat bodoh.

    ReplyDelete

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah