Followers

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak!!

Posted by Pencacai SeMalaysia® Saturday, August 04, 2012 0 komen
KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak. 

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.


Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”

Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.

“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.

“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.

Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List