Followers

Terkini!! Polis: JI, bekas komunis dikesan resapi Pakatan!

Posted by Pencacai SeMalaysia® Thursday, July 19, 2012 2 komen
Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
  
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
  
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
  
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.  
  
Mohd Sofian berkata tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga
melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.
NONE"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.
  
"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.
  
Beliau berkata perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.
  
"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"katanya.

- Bernama



nota: kah kah kah kah... nampaknya modal politik lama zaman T.A.Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir dihidupkan kembali, betul2 neo-propaganda!! Di zaman mereka sapa saja yg menentang kepimpinan Umno-Perikatan/BN akan digelar sebagai "komunis" dan "anasir subversif" dan sbg balasannya penentang2 akan disimpan bertahun2 dlm Kem Kamunting. Bukan saja pemimpin pembangkang, malah pemimpin Umno yg kelihatan bakal menentang PM ketika itu juga spt Datuk Abdullah Ahmad, Datuk Abdullah Majid dan Datuk A. Samad Ismail juga menerima nasib yg sama, disimpan beku di Kamunting.

Dah dekat pilihanraya ni eloklah neo propaganda tentang komunis dan lawak-lawak politik lain dihidupkan semula bagi menghalalkan tangkapan ke atas pemimpin2 pembangkang bagi memudahkan regim lama BN terus berkuasa. 

Soalnya tak ada modal lain ke selain dari menghidupkan semula hantu komunis yg tlh lebih 20 tahun dikuburkan itu??
Comments
2 Comments

2 komen:

Amuraria said...
This comment has been removed by the author.
Amuraria said...

inilah modal terkuat parti sekutu apco dalam menghadapi ancaman pembangkang yang hanya berasaskan kebenaran,ketelusan & tranparensi,tapi pengkhianat-pengkhiaat negara sebenar memainkan konon sentimen komunis,memainkan isu kontroversi apa jadahnya isu yang benar tentang rasuah & penyelewengan !ini saja senjata umno-apco peralatkan pihak keselamatan dengan berbagai isu rekaan untuk menutup segala pekung,selewengan,salahgua kuasa & rembatan khazanah negara sesama kroni ! ABU saja penyelamat negara !

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List