Followers

Terkini!! Lagi Artis Sertai Pas..!

Posted by Pencacai SeMalaysia® Sunday, July 15, 2012 0 komen
Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid

Adam Hamid menyerahkan borang keahlian menyertai Pas kepada Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.

"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.

Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List