Followers

Terkini!! Guan Eng sedia maafkan Utusan, NST kerana menfitnahnya..!!

Posted by Pencacai SeMalaysia® Friday, July 27, 2012 1 komen

Mengambil semangat bulan Ramadhan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kesediannya 'memaafkan' akhbar Utusan serta New Straits Times (NST).

Menurutnya, ia sekaligus akan menjernihkan semula hubungan di antara kedua-dua akhbar itu dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lim mendakwa, kedua-dua akhbar itu sering menyiarkan ucapannya yang diputar belit tanpa memberikannya ruang untuk menjawab.

"Sekiranya mereka Utusan dan NST bagi saya hak jawab, saya rela maafkan mereka dan jemput mereka semula ke sidang akhbar saya.

"Sebab selalunya mereka buat cerita sidang akhbar saya tetapi mereka 'twist' dan tak siarkan apa-apa yang saya cakap," kata Lim di majlis berbuka anjuran DAP di Kuala Lumpur semalam.

Lim pada 28 Jun lalu memfailkan saman terhadap Utusan dan NST atas dakwaan menyiarkan tuduhan terhadapnya tanpa mengesahkannya dengan beliau sendiri.

Pada masa yang sama, pentadbiran Lim di Pulau Pinang juga kerap dikritik kerana tidak didakwa berpegang kepada semangat kebebasan akhbar apabila bertindak menghalang Utusan dan NST daripada membuat liputan programnya.

Menurut Lim, beliau percaya kebebasan akhbar tidak wajar digunakan untuk menabur fitnah.

"Saya rasa ini bukan kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar merangkumi hak kedua-dua pihak untuk memberi kenyataan mereka, bukan buat fitnah.

"Hak ini dinafikan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita boleh 'normalise' hubungan antara mereka dan saya. Kita dalam semangat Ramadan, tak tahu mereka (Utusan dan NST) ada semangat Ramadan atau tidak," katanya.

Lim sehingga kini memenangi dua saman terhadap Utusan. Terkini pada 22 Jun lalu, Utusan diperintahkan membayar Lim RM200,000 untuk gantirugi dan RM20,000 bayaran kos.

Lim memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Berhad atas penyiaran berita dengan tajuk 'Tiada lagi DEB' pada 12 Mac 2008.

Pada 11 Januari 2009 Lim menjelaskan yang beliau tidak pernah menyebut yang pentadbirannya akan 'menghapuskan' DEB.

Sebaliknya, beliau menegaskan kerajaannya akan mentadbir Pulau Pinang bebas daripada NEP yang membiakkan "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan sistematik".

Ekoran penyiaran berita itu, kira-kira 1,000 orang berhimpun membantah terhadap Lim pada 14 Mac selepas solat Jumaat di hadapan bangunan Komtar.



- malaysiakini
Comments
1 Comments

1 komen:

Zhuge Liang said...

khalifah guan eng hatinyer suci. kalau dulu nie ching dan xavier telah memberi tazkirah ramadhan untuk orang Islam pakatan, rasanya sekarang khalifah guan eng orang yang paling layak. Tazkirah ramadhan oleh khalifah guan eng adalah perlu supaya orang Islam pakatan mendapat restu untuk ke putrajaya

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List