Followers

Saya tidak sokong homoseksual – Anwar

Posted by Pencacai SeMalaysia® Wednesday, July 18, 2012 1 komen
KUALA LUMPUR 18 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak menyokong homoseksual dan ia sama sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataannya.

“Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu,” kata Anwar.

“Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya,” jelas beliau lagi.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau juga akan membawa bukti dokumen menunjukkan Utusan adalah media tunggangan Umno dalam perbicaraan seterusnya.

“Keputusan untuk pecat atau lantik Ketua Editor Utusan adalah atas arahan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak), semua orang tahu itu, kecuali peguam pembela,” katanya sinis kepada Peguambela, Datuk Firuz Hussin.

“Saya tak ada bukti itu sekarang, tapi dalam sidang (perbicaraan) seterusnya, saya akan bawa bukti bahawa Utusan memang bertindak atas arahan Umno dan ia berlaku sejak lama dahulu,” tegasnya ketika memberi keterangan.

Prosiding perbicaraan ditangguhkan Hakim, Datuk V T Singham ke 13 Ogos depan.

Comments
1 Comments

1 komen:

New Hope said...

salam,

takkan lah kan?

KLIK Bonus raya

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List