Followers

PANAS! Pembantu kanan Razak Baginda saksi pertama ke Mahkamah Perancis

Posted by Pencacai SeMalaysia® Saturday, June 16, 2012 0 komen
Saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan, kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1000 orang, malam tadi.

“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.

Menurut Chynthia beliau difahamkan Jasbir bersetuju untuk memberi kerjasama bagi membantu perjalanan kes itu.

Tambah beliau, sapina dari mahkamah Perancis itu akan dihantar kepada Jasbir Singh dalam masa seminggu dari sekarang.

“Kemudian Jasbir akan uruskan penerbangan ke Paris. Buat masa ini Suaran tidak akan ke sana, melainkan sekiranya muncul saksi baru penting yang lain,” kata Cynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil termasuk Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isteri dan bapanya.

“Kes ini semakin terdedah sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan, jadi agak kurang bijak bagi seorang menteri pertahanan untuk mengatakan tidak terlibat,

“Manakala seorang timbalan perdana menteri berkata ‘no comment’ dan tindakan bodoh untuk seorang Perdana Menteri berkata ‘saya tidak perlu jawab,”  kata Chyntia sinis.

“Disebabkan itu tema kita pada malam ini (majlis makan malam) ialah ‘you can run but you cannot hide’ yang bermaksud ‘anda boleh lari tetapi anda tidak akan boleh sembunyi’ dengan makna tersirat ditujukan kepada pengkhianat negara yang terlibat,” jelasnya.

Comments
0 Comments

0 komen:

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List