Bukti Transformasi Najib Altantuya GAGAL!

Posted on
  • Friday, February 17, 2012
  • by
  • Pencacai SeMalaysia®

  • Di sebalik slogan transformasi Najib Altantuya yang tak pernah surut dari mulutnya di sana-sini, rupanya satu lagi tokoh besar yang diharap memajukan negara sudah lari ke Singapura!

    Sudahlah lebih dua juta rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara tatkala melihat kos hidup tidak setimpal dengan pendapatan mereka, pemergian bekas bos syarikat gergasi negara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Hassan Marican sebenarnya tamparan hebat buat Najib Altantuya!

    Persoalannya, apa peranan dan tugas TalentCorp selama ini yang diketuai Johan Mahmood Merican menarik kembali profesional warganegara Malaysia kembali menabur bakti di tanah air sendiri!

    Benarlah kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa bukan setakat semua idea Najib Altantuya gagal, malah sebenarnya negara berada dalam keadaan bahaya kerana cerdik pandai yang diharap mampu membangunkan negara semuanya tidak dapat memberi khidmat mereka kerana politik dan kroni suku sakat!

    Tahniah Hassan Marican!

    Takziah Najib Altantuya!

    JALAN PULANG


    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melihat usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaksanakan transformasi dan mengekang penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara telah gagal, ekoran penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) ke Singapura.

    Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, Tan Sri Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun lepas menggantikan Ng Kee Choe yang bersara.

    "Amat menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat mengekalkan yang terbaik dan cemerlang seperti Tan Sri Hassan Marican yang terbaru dalam senarai bakat yang berpindah ke luar negara.

    Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

    "Ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila Tan Sri Hassan telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini."

    Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari, dan kerajaan mesti mengambil langkah segera mengisi kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar akan semakin bertambah.

    Berdasarkan kenyataan pakar ekonomi kanan Bank Dunia Philip Schellekens tahun lalu, beliau telah memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

    Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD) atau ke Singapura.

    Dianggarkan sekitar dua juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sejak merdeka.

    Tambah Lim, "Jelasnya, selagi kemahiran berpolitik lebih penting daripada kemahiran teknikal, dan perjanjian melalui rundingan terus disenangi berbanding tender terbuka dan tiadanya akauntabili dan ketelusan, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat."

    "Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat telah gagal," katanya lagi.


    Profil Hassan Marican


    Hari terakhir Hassan Marican sebagai bos
    PETRONAS pada 9 Februari 2010

    Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, sebuah syarikat konglomerat petroleum di Malaysia dan dunia. Tempoh kontrak perkhidmatannya dari 1989 hingga 9 Februari 2010.

    Lahir pada 18 Oktober 1952 di Sungai Petani, Kedah.

    Bersekolah di Sekolah Rendah Ibrahim di Sungai Petani. Kemudian melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1971.

    Pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980).Kemudian balik ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed / / Touche Ross & Co (1980–1989).

    Dipanggil untuk bekerja dengan Petronas (1989–1995). Naib Presiden Kanan (Kewangan) Petronas Gas Berhad (1991–). Pengerusi Petronas (1995–2010). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (1995–).

    Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .

    Pada 1 Ogos 1991, dilantik sebagai pengerusi Petronas Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales.

    Ahli Institut Akauntan Malaysia.

    Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

    Dia pernah menjadi pengerusi Petronas Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC). Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan , iaitu anak syarikat Petronas.

    Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi pada 2004 - 2010.

    UTP berasal dari Institut Teknologi Petronas (ITP) di Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan sejak April 1995.

    Ahli lembaga Lembaga Bersama Malaysia-Thailand untuk memajukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Teluk Siam dan Laut China Selatan.

    Beberapa telaga minyak telah dapat mengeluarkan gas dan petronelum .

    Kini kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti daripada sempadan Kelantan-Thailand itu.

    Menjadi ahli Jawatankuasa Pembangunan antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan yang dilancarkan oleh Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Comments
    0 Comments

    0 komen:

     
    Powered by Blogger. Original Blogger templates by Bloggermint

    Add to Google