Followers

13 Tahun Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia

Posted by Pencacai SeMalaysia® Friday, February 04, 2011 2 komen
oleh: BeritaSemasa


Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tak kenal. Mungkin ada yang pernah dengar kisah kesnya sebelum ini, mungkin ada yang tak berapa nak ambil tahu. Ismail Ariffin atau lebih dikenali dengan Ismail Lepat, seorang yang boleh dikatakan kartunis jalanan. Ada pernah mengikuti kes Ismail Ariffin atau lebih dikenali dengan gelaran Lepat ini 13 tahun yang lalu?

Mari kita semak kronologi kes Ismail Ariffin (Lepat) terhadap anak hasil perkahwinan beliau yang sebelum ini dengan bekas isterinya Jane Brummit @ Aishah suatu ketika dahulu :
  • Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
  • Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
  • Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
  • 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
  • Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
  • Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
  • Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
  • Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
  • Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.




Facebook Lepat or Ismail Lepat

Facebook bekas isteri Ismail Arifin @ Ismail Lepat : Aisyah @ Jane Brummit


Isteri baru Ismail Arifin (Lepat), Nor Azlina Caesar Abdullah yang merupakan penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, 26 dan merupakan warganegara Jerman



Sekarang anaknya pun sudah besar dan boleh jumpa sendiri dengan bapa kandungnya. Kesnya sudah berlalu terlalu, jadi apa yang kami nak ketengahkan sebenarnya dalam artikel ini suara kekecewaan dan kekesalan salah seorang rakyat Malaysia yang bernama Ismail Arifin (Lepat) ketika berhadapan dengan sistem yang ada di Malaysia apabila melibatkan kesnya suatu ketika dahulu…


Ini bukan drama Indie atau apa ye, nasihat kami lihat video Ismail Arifin atau Ismail Lepat sehingga habis mengenai apa yang beliau kesalkan tentang sistem yang ada di Malaysia. Ya, betul beliau bukan artis yang tersohor, nama pun tak segah mana, pengaruh pun tak sebesar mana, tetapi beliau juga merupakan rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dan mahu tuntut hak-hak sepatutnya di Malaysia begitu juga kita semua sebagai rakyat Malaysia di sini…

P/S : Okey, samada anda bersetuju atau tidak dengan pendapat Ismail Lepat ini , itu soal nombor dua. Selepas anda menonton video tersebut apa yang anda boleh katakan sistem politik di Malaysia yang ada pada hari ini?
Comments
2 Comments

2 komen:

Pakwe said...

ini lepat yg majalah ujang tu ke?

baginda® said...

ini lepat kes pakwe tak lahir lagi nih.. kes rebut anak antara benua kan...

Post a Comment

Gua bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca di blog ini mengikut akta rimba. Baca sini http://goo.gl/wYeO8

Kalau lu nk mengeluarkan komen yang boleh didakwa. Lu komen la bebanyak sikit ok. Kalau naik mahkamah gua akan sabitkan lu ye...!! kahkahkahkah

Jika ada sebarang cadangan/kritikan sila email ke admin@pencacai-semalaysia.com

p/s: selepas gua banyak menerima email tentang banyak komen berunsur lucah yg keterlaluan, perkauman yg melampaui batas, gua akan delete komen yang berkenaan.. kahkahkah

Artikel Terkini

Mula dari 18 Nov 2010

My Blog List

My Blog List